KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media BNM pada Khamis.
"Pada mesyuarat hari ini, MPC BNM membuat keputusan untuk mengekalkan OPR pada 3.00 peratus.
"Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.
"MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil," jelas BNM.
Mesyuarat MPC juga meluluskan jadual mesyuarat MPC bagi tahun 2024 selaras dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Kata BNM, pernyataan Dasar Monetari akan diumumkan pada jam 3 petang hari terakhir setiap mesyuarat MPC.
BNM dalam pada itu turut berkata, Sektor Elektrik dan Elektronik (E&E) mula menunjukkan beberapa tanda pemulihan namun perdagangan global terus lemah.
"Ekonomi global terus berkembang, didorong oleh permintaan dalam negeri berikutan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh.
"Sektor E&E mula menunjukkan beberapa tanda pemulihan namun perdagangan global terus lemah, sebahagiannya disebabkan oleh peralihan perbelanjaan daripada barangan kepada perkhidmatan dan sekatan perdagangan yang berterusan," jelas BNM.
Tambah BNM, pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi yang masih tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi dengan beberapa ekonomi utama mengalami momentum pertumbuhan semakin perlahan.
Pertumbuhan China juga jelas BNM menunjukkan beberapa tanda awal semakin baik meskipun pasaran harta tanah China terus lemah.
Inflasi keseluruhan global meningkat sedikit, di mana sebahagiannya disebabkan harga komiditi yang lebih tinggi, manakala inflasi teras terus sederhana.
"Pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat. Prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, disebabkan terutamanya oleh inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara mendadak.
"Bagi ekonomi Malaysia, anggaran awal KDNK menunjukkan bahawa kegiatan ekonomi bertambah baik pada suku ketiga. Pertumbuhan pada tahun 2024 akan didorong terutamanya oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan, dengan sokongan daripada eksport E&E yang dijangka pulih.
"Pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan terus menyokong perbelanjaan isi rumah. Ketibaan dan perbelanjaan pelancong dijangka terus meningkat," jelas BNM lagi.
BNM juga berpendapat langkah-langkah di bawah Belanjawan 2024 akan memberikan dorongan tambahan kepada kegiatan ekonomi terutama melibatkan projek infrastruktur serta pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah pelan induk nasional.
Prospek pertumbuhan bagaimanapun jelas BNM terus bergantung kepada risiko pertumbuhan menjadi perlahan yan berpunca daripada permintaan luaran yang lebih lemah daripada jangkaan serta penurunan pengeluaran komoditi lebih besar dan berpanjangan.
"Pada suku ketiga, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing berpurata pada 2.0% dan 2.5%. Menjelang tahun 2024, inflasi dijangka kekal sederhana.
"Risiko terhadap prospek inflasi terus sangat dipengaruhi oleh perubahan dasar dalam negeri mengenai subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi dan pasaran kewangan global.
"Yang penting, hasrat Kerajaan untuk mengkaji semula kawalan harga dan subsidi pada tahun 2024 akan mempengaruhi prospek keadaan inflasi dan permintaan," ujar BNM lagi.
Fareez Azman
Thu Nov 02 2023
BNM membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus. - Gambar fail
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
BNM kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini berikutan harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan terus mengambil langkah menghentikan seketika kenaikan kadar faedahnya.
Perkenal kaedah moden untuk lonjakkan produktviti pembinaan - MPC
Pendekatan dalam bentuk kaedah pembinaan yang moden perlu diperkenalkan bagi melonjak pertumbuhan projek-projek infrastruktur awam dan pembangunan perumahan mampu milik.
Penambahbaikan penjagaan kesihatan cetus peningkatan produktiviti, daya saing negara - MPC
Inisiatif untuk mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan yang diterajui STAR akan menjadi pemangkin peningkatan produktiviti dan daya saing negara.
MPC komited sebarkan inisiatif peningkatan produktiviti, daya saing negara
MPC terus komited menjalin kolaborasi dengan sektor awam dan swasta bagi memungkinkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam melaksanakan program peningkatan produktiviti sebanyak 3.6 peratus.
MPC, Pemudah jalin kerjasama pacu inovasi dalam industri perladangan
MPC juga mengenal pasti penerimagunaan teknologi dan tenaga mahir sebagai pengganda utama bagi keberkesanan produktiviti.
Kenaikan OPR bukan ditentukan kerajaan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata OPR ini adalah di bawah Akta Bank Negara 2009 dan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan berkaitannya.
Malaysia mampu capai sasaran 3.6 peratus peningkatan produktiviti tahun ini - MPC
Produktiviti buruh bagi suku tahun kedua 2022 meningkat sebanyak 5.5 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding 2.7 peratus pada suku pertama.
Kerajaan tidak campur tangan dalam pelaksanaan dasar monetari BNM - Tengku Zafrul
Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras pinjaman dan tabungan adalah berdasarkan penilaian bank pusat itu.
Produktiviti Malaysia meningkat semula kepada 1.8 peratus pada 2021 - MITI
Pertumbuhan produktiviti Malaysia meningkat semula kepada 1.8 peratus atau RM90,697 seorang pada 2021 daripada -5.3 peratus atau RM89,106 seorang pada 2020.